CLICK HERE FOR PESONA'S BLOG AND TO VIEW HE/HER'S BLOGGER'S PROFILE »

Thursday, June 18, 2009



hari ini 18jun09...aku dikejutkan dgn kepergian kak tom.ya..pergi juga akhirnya dia setelah menanggung kesakitan yg tak terperi..semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..amiiin.

sejujurnya secara peribadi aku benar2 rasa kehilangan .
kehilangan seorang teman yg boleh dianggap kakak yg telah kukenali sejak aku mula mendirikan rumahtangga dan tinggal dikuala kubu baru.tika itu dia sudah mempunyai seorang anak lelaki nizam namanya.masih terbayang dgn gayanya yg gemar mengenakan tshirt dan berterompah kayu tika berkunjung kerumah.kami berpisah setelah papa dtukarkan ke sarawak..ketika tu alin dan sahirah sudah berusia 3tahun.
kami bertemu semula setelah kembali ke ipoh dgn membawa bersama kedukaan ...dan dia adalah orangnya yg sering berkunjung kerumah sementelah anak2 kami sebaya semuanya.juga masih ingat lagi masa kakiku sakit tak boleh bergerak dia sanggup datang berjalan kaki dari rapat setia ke jalan pandan membawa nasi dgn gulai lemak cili api selengkap dgn sayurnya sekali....
begitu juga ketika papa ke outstation dia rajin menziarahi kami...dan anak2nya sering bermalam dirumahku begitu juga sebaliknya.sehinggalah aku berpindah ke pekan razaki ini.meskipun anak2 sudah jarang bermalam (masing2 belajar disekolah yg berasingan)kami masih saling brkunjungan... bertukar2 cerita dan masaalah yg mmg tak pernah habis sehinggalah kak tom menghembuskan nafasnya yg terakhir pagi ini.
dengarnya kndungan glukos dlm darahnya di tahap 2...so doktor cuba mmbntunya dgn memberikan suntikkan...yang menjadikan dia koma dan menemui ajalnya...
sempat juga aku melawat jenazahya tadi ....yg kemudianya dikebumikan di tanah perkuburan rapat setia wlpn pada asalnya mahu dibawa ke kedah..
mmg sebak dan aku tak dpt menahan airmata ni dari terus mengalir laju membasahi pipi...masakan tidak..jika sebelum ini dia slalu menyambut kedatanganku dgn senyumnya yg meleret ...tapi kini dia sudah tidak boleh berkata apa2 lagi..hanya sekujur tubuh kakunya yg terbaring menghadap kiblat menanti utk dibawa ke masjid solatiah utk disembahyangkan.aku lihat wajah pucatnya...tiada lagi senyum dibibirnya yg nipis....
semuanya telah tiada...akan tiada lagi cerita2nya....akan tiada lagi gelak tangisnya .dan akupun tiada lagi tmpat utk berkongsi kisah suka duka kehidupan di maya ini dgnya...terlalu cepat rasanya dia pergi menemui Illahi........mungkin itu yg yang terbaik utknya..Al-Fatehah....